Falling Love Object

Tuesday 25 December 2012

JELLY ? Its Normal



Cemburu buta

- Perkataan ini sangat sinonim dengan si wanita. Jarang sekali lelaki dikaitkan dengan sifat ini. Ramai yang sedia maklum tentang ertinya yang kebiasaannya akan membawa kemudaratan pada sesuatu hubungan samaada hubungan kekasih mahupun suami isteri. Mengapa harus cemburu membabi buta? Ya, sebab utama adalah sudah pastinya kerana kita terlalu sayangkan pasangan kita. Cemburu melihat pasangan kita mesra dengan orang lain, cemburu melihat pasangan kita melebih-lebihkan orang lain dan cemburu mendengar pasangan kita bercerita perihal orang lain. Sebagai pasangan, memang anda patut berasa cemburu, TETAPI janganlah sehingga perasaan cemburu itu mengawal minda dan tingkah laku anda.

- Sekiranya anda tidak suka pasangan anda berbuat demikian yang boleh mendatangkan rasa cemburu, apa yang boleh anda lakukan adalah memberitahu pasangan tentang perasaan anda. Berterus-teranglah dengan si dia bahawa anda cemburu, buangkan EGO anda mudah-mudahan si dia boleh menerima dengan hati yang terbuka dan tidak akan mengulanginya lagi. Jika anda mula berasa cemburu pada pasangan anda, nasihat tinta, selidik dengan si dia dan nyatakan kegusaran yang bermain diminda. Tinta percaya, pasangan yang gemar berbincang lebih mudah untuk menyelesaikan perselisihan dan Insyaallah akan merapatkan lagi hubungan mereka. Dan yang paling penting…CEMBURU biarlah BERTEMPAT! ...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Auniey :)

No comments: